Isnin, September 28, 2009

ni sape lak buat sarkis ?

Satu lagi geng kita yang tak dapat hadir pada majlis makan malam kita telah dijumpai sedang bermain-main dengan binatang paling tak berbisa tetapi paling menggelikan banyak orang.Cuba teka siapa?Nama ular sawa kempas dengan nama dia sama.

Khamis, September 17, 2009

Salam Lebaran 2009


Syawal datang lagi,meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan..............

Sempena lebaran yang mulia ini,kami ingin memohon keampunan dari semua pengunjung-pengunjung,sanak saudara dan sahabat-sahabat jika terdapat kata yang menyinggung,nada yang melukakan hati dan coretan yang mengganggu emosi,sesungguhnya yang indah ,baik dan molek itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari kami.

Salam dunia,salam sejahtera salam hari raya,bersinar akhirnya.........walahualam.

Sabtu, Ogos 15, 2009

ARE WE GOING SEPARATE WAYS...AGAIN?

seems like we're back on our old track...sigh...

Isnin, Jun 01, 2009

Mr Chairman pergi umrah...

Pengerusi kita, Tn Hj Mohd Fauzee Tahir telah berlepas mengerjakan umrah pada 30hb Mei 2009 yang lalu.

Kita sangat-sangat berharap agar ramai lagi sahabat-sahabat kita yang akan mengikuti jejak langkah beliau jika berkemampuan dari segi masa dan wang ringgit.

Harapan kita agar beliau dalam keadaan sihat semasa mengerjakan umrah dan selamat pulang ke tanah air dengan membawa keberkatan...insyallah.

Selasa, Mei 26, 2009

Selamat Hari Jadi Safinas 26hb Mei 2009


Walau pun kita masing-masing jauh,jarak tak dapat memisahkan kita,bak kata pepatah,kalau patah sayap,paruh kita tongkatkan.....teknologi di pasaran banyak membantu kita mendekatkan yang jauh,tak kira berapa jauh mereka ini tetapi tetap segar dalam ingatan kita....dengan kemudahan canggih seperti telefon bimbit,talian internet dan sebagainya tentu membantu kita berhubung sesama kita..

Selamat Hari Ulang Tahun Inas..........

Ahad, Mei 24, 2009

Ini la wajah-wajah kita dulu...


Ada sesuatu yang sangat istimewa tentang mereka ini kan?


Kelas 1 Biru....


Kepada kawan2 kelas ni,tentu masih ingat 1 peristiwa berdarah yang terjadi.....

Apakah yang terjadi sebenarnya...?
Siapakah yang terlibat dan apakah puncanya?

Kepada kawan2 yang masih ingat kisah tersebut,sila beri komen ditempat "klik sini utk komen" agar dapat direkodkan,mana tahu, satu hari nanti kita boleh kongsikan bersama-sama anak cucu kita.

Jumaat, Mei 22, 2009

Ni la kelas ...1 merah 1979

Bila tengok balik gambar ni,ape yang terbayang dalam fikiran adalah kehidupan kita ketika itu,sudah pasti ada yang terlupa siapa yang berada di kiri kanan mereka,ada yang tersenyum sendiri seolah-olah tak percaya,ada juga yang gagal mengenal pasti wajah2 comel mereka sendiri dan apa yang pasti,tentu kita tertanya-tanya,dimanakah kawan-kawan kita ini sekarang.  

Khamis, Mei 21, 2009

Cadangan2 aktiviti sepanjang tahun 2009...


Beberapa cadangan diterima dari kawan2 agar perhubungan tidak terputus dan mengelakkan hilang jejak sekali lagi :-

Agenda sepanjang tahun 2009
1. Majlis Berbuka Puasa (jangkaan tarikh belum ditetapkan)
2. Majlis Hari Raya Puasa (tarikh semestinya bulan syawal)
3. Trip hari keluarga          (jangkaan tarikh dan tempat masih dlm perbincangan)
4. Majlis Perkahwinan Yusri
5. Majlis tahlil arwah Sham Bin Salleh

Jika kawan2 mempunyai cadangan yang lebih hebat lagi sensasi,sila tinggalkan cadangan di "klik sini utk komen" siapa tahu,idea tu buleh digunakan tanpa was-was....


Jawatankuasa Baru SRKL2 1984 kelas 6 Biru


Berikut adalah senarai nama ahli-ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada Majlis Makan Malam di Danga Cruise pada 1hb Mei 2009:-

Pengerusi : Mohd Fauzee Bin Tahir
Timbalan Pengerusi : Jafni Abd Jalil 
Setiausaha 1 (K.L) : Safinas
Setiausaha 2 (JB  )    : Rizal Izuddin
Bendahari 1 (K.L)  : Yassin Yakob
Bendahari 2 (JB  )  : Mohd Fauzi Ismail

Jika terdapat sebarang cadangan atau perlantikan ahli jawatankuasa baru,sila masuk ke ruangan "klik sini utk komen" untuk dibentangkan pada mesyuarat yang akan datang.Terima kasih

Sabtu, Mei 16, 2009

Selamat Menyambut Hari Guru.......

Kepada kawan2 kita yang berprofesion guru atau cikgu atau pensyarah atau lecturer dan yang sewaktu dengannya...saya mewakili semua penduduk dunia dan negara Malaysia khasnya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan penghargaan kepada semua warga pendidik yang kita semua sedia maklum walaupun mereka sudah menamatkan pengajian sekolah rendah,menengah dan universiti,sehingga kini masih perlu pergi ke sekolah tanpa jemu dengan mengangkat Falsafah Pendidikan Negara sebagai teras perjuangan mereka....syabas..!!!

Kepada sesiapa yang ingin berkongsi suka duka atau cerita menarik di sini,tinggalkan komen2 anda untuk kita sama-sama jadikan teladan dan sempadan.

Pentadbir SRKL 2 Mintak sumbangan......


Awal pagi 3 hari yang lalu aku dapat sms dari phone FBB...msg begini

Cik Zurah beritahu sekolah sedang memerlukan sebuah almari besi untuk bahagian peperiksaan ,harga sebuah lebih kurang RM450,tolong mintak sumbangan atau sponsor.....

So aku pun update dalam Facebook.com....harap semua kawan2 dapat message tu,jangan risau,kita takde time frame atau date line...sampai masa dan ada kemampuan,kita akan serah...

Tapi aku frust sikit sebab budak badge bawah kita (Old Boys and Girls SRKL2) taknak beri sumbangan wang tapi nak beri barangan,malangnya diaorang nak pilih satu hari untuk berjumpa pun sampai sekarang tak dapat buat lagi,leceh la budak-budak ni....

Walau bagaimana pun aku percaya dengan kemampuan badge kita untuk bantu dengan ape daya yang kita ada.....semoga usaha murni kita ni mendapat berkat dan bukan publisiti...

So guys,kalau ada cadangan yang baik2,ape lagi tunggu? masukkan cadangan,idea,pendapat dan komen-komen yang kiranya masuk akal dan munasabah dengan kemampuan kita semua...insyallah 

Jumaat, Mei 08, 2009

Belasungkawa....Mohd Sham Bin Salleh dalam kenangan


Tentu kita masih ingat,ada seorang pelajar yang apabila masuk waktu pendidikan jasmani je,dia pun tak boleh join,duduk kat tepi je....disebabkan masalah jantungnya

Dari sekolah rendah larkin 2,hingga masuk sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru,dia masih sama....sedikit tak berubah.Kawan-kawan semua selesa berkawan dengan dia.

Namun...lebih kurang setahun yang lalu,dia pergi menghadap Penciptanya.......kehilangannya terlalu awal,belum sempat untuk bertemu semula dalam majlis pada 1hb Mei yang lalu..

Walau bagaimanapun,sebagai kawan,ape yang mampu kita buat hanya berdoa agar rohnya tergolong dan ditempatkan dikalangan para syuhadah...insyallah

Jika anda mempunyai pengalaman membesar bersama-sama arwah,kongsikan bersama kami di sini.

Rabu, Mei 06, 2009

Tahukah anda......

1. masa bermulanya sessi persekolahan darjah 1 tahun 1979 dulu,bilangan pelajar dalam satu-satu kelas adalah seramai 50 orang dan percaya atau tidak,cuba buat lawatan ke sekolah kini dan bandingkan sais bilik darjah dengan fizikal kita sekarang.

2. Sessi kelas darjah 6 juga membuktikan bilangan pelajar2 dalam kelas adalah seramai 50 orang,tidak berkurangan bilangan asal daripada darjah 1 dahulu.

3. Masa dulu harga makanan di kantin sangat murah,cukup setakat membawa RM0.30 sahaja dapat sepinggan nasi lemak dan air secawan.

4. Semasa darjah 1 dahulu,tiada sambutan majlis maulidur rasul,para pelajar hanya sekadar mendapat 1 botol air Coke dan sebungkus kek.

Jika terdapat perkara2 menarik yang ingin dikongsikan bersama,tinggalkan ulasan-ulasan anda untuk dipaparkan kepada kawan-kawan kita yang lain. 

Ahad, Mei 03, 2009

Masihkah kita ingat?

Masih ingat lagi nama2 cikgu-cikgu kita dahulu?Masih ingat peristiwa2 lucu ketika mereka mengajar kita,cara mereka mengajar,loghat mereka dan sebagainya? Jika anda ingat semuanya,lapangkanlah masa untuk membuat ulasan di sini.

Lawatan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin 2

Selepas 25 tahun meningalkan sekolah tercinta,kami kembali membuat lawatan pada hari Sabtu 2hb Mei yang lalu.

Apa yang kami dapat lihat apabila sesampainya kami ialah perubahan fizikal yang amat ketara,terlalu berbeza apabila kami tinggalkan semenjak 25 tahun dahulu........
Walau bagaimanapun,masih terdapat kenangan-kenangan yang kami tinggalkan semaza zaman kanak-kanak dahulu.....

Jika anda mempunyai kenangan ditempat-tempat itu,kongsikan bersama kami untuk tatapan kawan-kawan yang lain..

Rupa-rupanya si dia dah lama syok kat dia ni.....

tentu ada banyak skandal yang kita sendiri terlepas pandang dek kerana terlalu lama sangat tak jumpa,25 tahun bukan jangkamasa yang singkat

Majlis Makan Pertama Bekas Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin 2 1984 (Darjah 6 Biru)

Majlis Pertemuan semula melalui makan malam yang di adakan di atas Danga Cruise pada 1hb Mei 2009  akhirnya dapat diadakan walaupun bermacam-macam halangan ,rintangan dan kepayahan dari pihak penganjur selama 3 bulan mengendali dan melaksanakan majlis serba ringkas  tersebut.

Walaupun hanya sebuah majlis makan malam,secara dasarnya majlis pertemuan semula (Reunion) ini tidaklah semudah yang disangkakan,apatah lagi ianya untuk sekolah rendah yang telah ditinggalkan selama 25 tahun dahulu.

Kerja-kerja asas telah dimulakan oleh Saudara Fauzi (fbb) dengan menjejak nama melalui buku daftar sekolah yang diperolehi dari Pejabat Pentadbir Sekolah Larkin dan dibantu oleh Saudara Fauzee Tahir,Rizal dan Fauzi (fbi).Bermula dengan panggilan telefon,seorang demi seorang mula dapat dijejak,pertemuan demi pertemuan mula diatur untuk memastikan mereka ini masih ada dan boleh dihubungi kemudiannya dan sehinggalah majlis makan malam ini dapat dijalankan.

Salam takziah juga ditujukan kepada keluarga Allahyarham Sham Bin Salleh yang telah meninggal dunia lebih setahun yang lalu kerana mengalami sakit jantung yang dialami sejak dibangku sekolah lagi. 
 
Akhirnya,diharapkan perjumpaan tersebut bukan satu titik henti malah mempunyai kesinambungan untuk program-program yang akan datang.

Jika anda mempunyai cadangan-cadangan atau idea-idea menarik,sila hubungi kawan-kawan di Johor Bahru atau buatlah ulasan-ulasan diruangan yang disediakan disini.Terima kasih.

Gambar kenangan dahulu dan kini....

Pasti kita akan tersenyum apabila melihat gelagat dan telatah kawan2 kita ni..........














Lawatan Ke SRKL 2 pada 2 mei 2009

Lawatan Ke SRKL 2 pada 2 mei 2009
Lokasi : Dewan

anak dara shahrin & anak bujang fbb

anak dara shahrin & anak bujang fbb













makan time!!!!

makan time!!!!
danga cruise 1st mei 2009

Mr Chairman,jawatan tetap & berpencen

Mr Chairman,jawatan tetap & berpencen

Myra?ambik gambar

Myra?ambik gambar

Dr Firdaus

Dr Firdaus


arman,yassin & yusri

arman,yassin & yusri

Azlan & isteri tercinta

Azlan & isteri tercinta

Rafizah & Family

Rafizah & Family

shahrin & isteri

shahrin & isteri

foziah & Dina

foziah & Dina

foziah,dina,aziah......

foziah,dina,aziah......

rosilawati & co

rosilawati & co

posing baikkkk

posing baikkkk

ustaz zul rock never dies

ustaz zul rock never dies

Dinner area

Dinner area

SIGS

SIGS