Ahad, Mei 03, 2009

Masihkah kita ingat?

Masih ingat lagi nama2 cikgu-cikgu kita dahulu?Masih ingat peristiwa2 lucu ketika mereka mengajar kita,cara mereka mengajar,loghat mereka dan sebagainya? Jika anda ingat semuanya,lapangkanlah masa untuk membuat ulasan di sini.

Lawatan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin 2

Selepas 25 tahun meningalkan sekolah tercinta,kami kembali membuat lawatan pada hari Sabtu 2hb Mei yang lalu.

Apa yang kami dapat lihat apabila sesampainya kami ialah perubahan fizikal yang amat ketara,terlalu berbeza apabila kami tinggalkan semenjak 25 tahun dahulu........
Walau bagaimanapun,masih terdapat kenangan-kenangan yang kami tinggalkan semaza zaman kanak-kanak dahulu.....

Jika anda mempunyai kenangan ditempat-tempat itu,kongsikan bersama kami untuk tatapan kawan-kawan yang lain..

Rupa-rupanya si dia dah lama syok kat dia ni.....

tentu ada banyak skandal yang kita sendiri terlepas pandang dek kerana terlalu lama sangat tak jumpa,25 tahun bukan jangkamasa yang singkat

Majlis Makan Pertama Bekas Pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Larkin 2 1984 (Darjah 6 Biru)

Majlis Pertemuan semula melalui makan malam yang di adakan di atas Danga Cruise pada 1hb Mei 2009  akhirnya dapat diadakan walaupun bermacam-macam halangan ,rintangan dan kepayahan dari pihak penganjur selama 3 bulan mengendali dan melaksanakan majlis serba ringkas  tersebut.

Walaupun hanya sebuah majlis makan malam,secara dasarnya majlis pertemuan semula (Reunion) ini tidaklah semudah yang disangkakan,apatah lagi ianya untuk sekolah rendah yang telah ditinggalkan selama 25 tahun dahulu.

Kerja-kerja asas telah dimulakan oleh Saudara Fauzi (fbb) dengan menjejak nama melalui buku daftar sekolah yang diperolehi dari Pejabat Pentadbir Sekolah Larkin dan dibantu oleh Saudara Fauzee Tahir,Rizal dan Fauzi (fbi).Bermula dengan panggilan telefon,seorang demi seorang mula dapat dijejak,pertemuan demi pertemuan mula diatur untuk memastikan mereka ini masih ada dan boleh dihubungi kemudiannya dan sehinggalah majlis makan malam ini dapat dijalankan.

Salam takziah juga ditujukan kepada keluarga Allahyarham Sham Bin Salleh yang telah meninggal dunia lebih setahun yang lalu kerana mengalami sakit jantung yang dialami sejak dibangku sekolah lagi. 
 
Akhirnya,diharapkan perjumpaan tersebut bukan satu titik henti malah mempunyai kesinambungan untuk program-program yang akan datang.

Jika anda mempunyai cadangan-cadangan atau idea-idea menarik,sila hubungi kawan-kawan di Johor Bahru atau buatlah ulasan-ulasan diruangan yang disediakan disini.Terima kasih.

Gambar kenangan dahulu dan kini....

Pasti kita akan tersenyum apabila melihat gelagat dan telatah kawan2 kita ni..........














Lawatan Ke SRKL 2 pada 2 mei 2009

Lawatan Ke SRKL 2 pada 2 mei 2009
Lokasi : Dewan

anak dara shahrin & anak bujang fbb

anak dara shahrin & anak bujang fbb













makan time!!!!

makan time!!!!
danga cruise 1st mei 2009

Mr Chairman,jawatan tetap & berpencen

Mr Chairman,jawatan tetap & berpencen

Myra?ambik gambar

Myra?ambik gambar

Dr Firdaus

Dr Firdaus


arman,yassin & yusri

arman,yassin & yusri

Azlan & isteri tercinta

Azlan & isteri tercinta

Rafizah & Family

Rafizah & Family

shahrin & isteri

shahrin & isteri

foziah & Dina

foziah & Dina

foziah,dina,aziah......

foziah,dina,aziah......

rosilawati & co

rosilawati & co

posing baikkkk

posing baikkkk

ustaz zul rock never dies

ustaz zul rock never dies

Dinner area

Dinner area

SIGS

SIGS