Jumaat, Mei 08, 2009

Belasungkawa....Mohd Sham Bin Salleh dalam kenangan


Tentu kita masih ingat,ada seorang pelajar yang apabila masuk waktu pendidikan jasmani je,dia pun tak boleh join,duduk kat tepi je....disebabkan masalah jantungnya

Dari sekolah rendah larkin 2,hingga masuk sekolah menengah di Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru,dia masih sama....sedikit tak berubah.Kawan-kawan semua selesa berkawan dengan dia.

Namun...lebih kurang setahun yang lalu,dia pergi menghadap Penciptanya.......kehilangannya terlalu awal,belum sempat untuk bertemu semula dalam majlis pada 1hb Mei yang lalu..

Walau bagaimanapun,sebagai kawan,ape yang mampu kita buat hanya berdoa agar rohnya tergolong dan ditempatkan dikalangan para syuhadah...insyallah

Jika anda mempunyai pengalaman membesar bersama-sama arwah,kongsikan bersama kami di sini.

9 ulasan:

fbi berkata...

arwah sham ni seorang yang agak pemalu and tak byk cakap.....
dia ni memang pelat sikit, hufur R takleh sebut betol2.....

Tanpa Nama berkata...

Innsalillahi Wainnalillahirajiunn..yang aku ingat mmg arwah nih tak byk cakap..pendiam & sentiasa tersenyum..cuba tgk balik masa gambor darjah 3 tak sangka rupanya aku bergambor sebelah dia...

RI berkata...

seingat aku...arwah kaya dengan senyum...aku kenal jujube pun dari arwah...

RI berkata...

FBI...nama arwah ni Sham je kalau ta silap..bukan Hisham...

mohd fauzi bin ismail @ fbi berkata...

oh ye ke.....silap

noor azman berkata...

Sapa sangka aku boleh satu course dan satu kampung kat UTM Scudai dengan Sham. Kami menginap di Kg Resak tapi blok lain-lain. Aku dapat bilik 2org, Sham dapat bilik 10org yang dipanggil 'bilik akuarium'. Kalau hujung minggu kadang-kadang saing jugak dengan Sham balik rumah naik bas no 214. Nak balik rumah kisar baju masing-masing. Sampai bandar JB, Sham akan beli nasi baryani mamak bungkus sebelum sambung naik bas lain. Aku lupa pulak Sham naik bas nombor apa lepas tu . Aku akan naik bas no 44 atau 42. Ada sekali naik bas 42 ni terjumpa pulak Ungku Marina, tapi tu lain ceritalah.

Sham ada jugak datang bilik aku untuk study. Biasa study separuh jalan saja, separuh lagi dia tidur atas katil aku. Mungkin bilik dia bising, maklumlah 10org satu bilik. Mungkin keadaan kesihatan dia yang menyebabkan dia kuat tidur.

Akhirnya aku berjaya lepas hell semester. Second semester Sham dah tak de. Sham dah jadi stock trader. IPO baru saja kata dia.

Lepas aku takde contact dengan Sham. Hinggalah pada gathering kat Danga kopitiam FBI kata Sham dah arwah.

mohd fauzi bin ismail @ fbi berkata...

man...

bukan ko je yg tak dapat jumpa,ramai kwn2 pun tak dpt jumpa arwah gak......

ape crita yg ko ckp jumpa ungku marina tu?mcm menarik je cerita ko tu?

RI berkata...

Man..apa lagi...sambung pulak cite UM tu...

Tanpa Nama berkata...

man tengah pikir nak buat cerpen la tu agaknya......ke dia pernah bercinta kot dgn si polan tu....heheheh

Gambar kenangan dahulu dan kini....

Pasti kita akan tersenyum apabila melihat gelagat dan telatah kawan2 kita ni..........














Lawatan Ke SRKL 2 pada 2 mei 2009

Lawatan Ke SRKL 2 pada 2 mei 2009
Lokasi : Dewan

anak dara shahrin & anak bujang fbb

anak dara shahrin & anak bujang fbb













makan time!!!!

makan time!!!!
danga cruise 1st mei 2009

Mr Chairman,jawatan tetap & berpencen

Mr Chairman,jawatan tetap & berpencen

Myra?ambik gambar

Myra?ambik gambar

Dr Firdaus

Dr Firdaus


arman,yassin & yusri

arman,yassin & yusri

Azlan & isteri tercinta

Azlan & isteri tercinta

Rafizah & Family

Rafizah & Family

shahrin & isteri

shahrin & isteri

foziah & Dina

foziah & Dina

foziah,dina,aziah......

foziah,dina,aziah......

rosilawati & co

rosilawati & co

posing baikkkk

posing baikkkk

ustaz zul rock never dies

ustaz zul rock never dies

Dinner area

Dinner area

SIGS

SIGS