Majlis Pertemuan semula melalui makan malam yang di adakan di atas Danga Cruise pada 1hb Mei 2009 akhirnya dapat diadakan walaupun bermacam-macam halangan ,rintangan dan kepayahan dari pihak penganjur selama 3 bulan mengendali dan melaksanakan majlis serba ringkas tersebut.
Walaupun hanya sebuah majlis makan malam,secara dasarnya majlis pertemuan semula (Reunion) ini tidaklah semudah yang disangkakan,apatah lagi ianya untuk sekolah rendah yang telah ditinggalkan selama 25 tahun dahulu.
Kerja-kerja asas telah dimulakan oleh Saudara Fauzi (fbb) dengan menjejak nama melalui buku daftar sekolah yang diperolehi dari Pejabat Pentadbir Sekolah Larkin dan dibantu oleh Saudara Fauzee Tahir,Rizal dan Fauzi (fbi).Bermula dengan panggilan telefon,seorang demi seorang mula dapat dijejak,pertemuan demi pertemuan mula diatur untuk memastikan mereka ini masih ada dan boleh dihubungi kemudiannya dan sehinggalah majlis makan malam ini dapat dijalankan.
Salam takziah juga ditujukan kepada keluarga Allahyarham Sham Bin Salleh yang telah meninggal dunia lebih setahun yang lalu kerana mengalami sakit jantung yang dialami sejak dibangku sekolah lagi.
Akhirnya,diharapkan perjumpaan tersebut bukan satu titik henti malah mempunyai kesinambungan untuk program-program yang akan datang.
Jika anda mempunyai cadangan-cadangan atau idea-idea menarik,sila hubungi kawan-kawan di Johor Bahru atau buatlah ulasan-ulasan diruangan yang disediakan disini.Terima kasih.
14 ulasan:
akhirnya majlis yang dirancang selama 3 bulan dapat juga dilaksanakan walaupun pelbagai kesusahan sepanjang mengumpul data kawan2 yang hilang dan tak dapat dihubungi
aku sikit terkilan sebab:
1. tak dapat kumpulkan lebih ramai bekas pelajar...tp apa nak buat sbb masing2 dah ada komitmen...pasal reunion tu rasanya banyak yg boleh diimprove walaupun ada yg kata suasana malam tu dah cukup bagus...
tak tau la sebab nak jaga hati ajk ke ataupun mmg dah cukup...sebabnya ada yg datang tu dgn tujuan utama nak jumpa kawan2 lama...makan tu nombor 9 atau 10 dalam list...mungkin next time akan lebih baik...
2. tak dapat berbual lama2 dengan semua kawan2 sbb masa rasa terlampau singkat..banyak lagi yg nak dibualkan..ramai yang tak dapat di sapa...
3. tak dapat jenguk sekolah kerana cuti tak approve..mmg frust sgt...apa nak buat...
rizal...
nanti kita boleh arrange perjumpaan lagi,kali ni kita buat berperingkat2,kita jumpa petang sampai malam pun takpe....
mmg mlm tu nak kena ikut aturcara,kalau tak mcm kosong takde ape2,walau camne pun,kita kena fikit camne nak kurangkan hutang fbt tu.....
semoga majlis akan datang dapat dirancang dan dilaksana dengan lebih sempurna lagi.......
fbi,
i had a great time. The main reason i made sure i came to the reunion was to see my frens.
as rizal mentioned, makan tu tak penting. who wud have thot , that we'd see our old classmates again after 25 years.
tq to ajk.
dear bluewonder....
u should thanks fbb more,b'coz he work harder then everybody else,somemore he cannot sleep if the reunion fail...pity him
inaz also give full support to us in jb,every week came down to jb to join the small meeting,also suhaimi who came down from jakarta....we glad that the reunion sucessfully done with memorable moment....we 'll never forget...
Inaz...tolong la sign in...pelik la pakai Tanpa Nama ni...
dah ada berapa TN ni?
rizal...
inaz lom masok lg blog ni...
ye ke? finazmas tu kan safinaz...
zal...
tu dia baru sign in je...lom komen lg..sibuk le tu
FBI, good work. So lepas ni kita tolong sekolah untuk kumpulkan murid2 lama yang lain.
ok szesze...
Catat Ulasan